Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, April 21, 2011

。◕ ‿ ◕。.....:p

Aku ne sebenarnye xlah beberape pandai nk masak..tapi kalau berkaitan dengan buat kek,kuih,atau roti memang aku nie dalam bahagian oklah..kdg2 x jadi...=(..well semua pun begitu kan..even chef wan buat kek poun bantat...nie kan pula orang yg memang sedikit jer ilmu di dada ni...Pasal nak menimba ilmu..aku suruh r ibu aku ajar care2 nk siang ikan...time tengok ibu aku wat..senang sangat..tapi mase time aku wat...hahaha...aduhai payahnye..hancur ikan tu aku kerjakan..
mujurlah ibu aku x marah..bru jer beberape ikan aku sudah siang,kwan aku call...so terpakse lah berhenti coz hari tu aku da janji nk jumpe kwn kat mc donald...Kemudian..sesi pembelajaran aku disambungkan kelmarin..ibu aku bgi 100% kepercayaan kat aku untuk siang ikan nie walaupun aku nie x berape pandai..well..lepas da beberape ekor ikan aku da wat...barulah aku dpat teknik yg betul n senang bagi orang yg kidal macam aku nie...hehe..i hope i can  do better next time..=)...
Aku nk wat kek cam anime nie wat....can i???yes..i can!!!..go go girl!!!

Tuesday, April 19, 2011

maksud di sebalik kata...

alt
Sering kita menjadi mangsa,
Pada manis bicara,
Putar belit kata,
Tuturan lidah manusia,
Yang melontarkan kita ke gaung tipu daya,
Sesat dalam rimba percaya.
Manisnya bicara,
Laksana gula,
Manisnya meracun jiwa,
Taksubnya ...
Mengikat sangsi di perdu jati,
Kukuh talinya bersimpul mati.
Sedar-sedar saja ...
Segalanya telah tiada,
Hilang harta,
Hilang mahkota,
Barulah terungkai maksud di sebalik kata,
Bukti yang nyata,
Janji-janji yang dikata,
Tidak pernah terkota.

Monday, April 11, 2011

O.B.O.R

Dalam melayari bahtera harapan,
Aku terdampar di tengah lautan,
Ku cuba mencari arah pulang,
Semakin jauh perjalanan,
Semakin hampir ke hujung perhentian.
Disaat ini,
Aku tersentak,
Dari perjalanan yang panjang,
Ku tersedar di saat api hampir membakar puntungnya,
Baru ku tahu,
Impian yang ku impikan,
Makin menjauh,
Dek kerana lenaku yang panjang,
Aku terhenti,
Ditengah lautan yang mendalam,
Ku cuba mencari arah persimpangan,
Yang harus ku tuju.
Untukku kejar impianku yang semakin pudar...
Tergapai-gapai dalam pencarian,
Perjalanan yang ku lalui makin kutinggalkan,
Langit yang warnanya cerah gemilang,
Berubah rupanya kearah kegelapan,
Aku meratapi nasibku dalam kepekatan malam,
Ku melangkah menyelusuri kegelapan,
Air yang putih jernih warnanya,
Makin membasahi dahiku,
Kakiku yang makin keletihan,
Diiringi hati,
Yang makin ingin merobohkan harapan,
Yang selama ini inginku genggam,
Fikiranku menerawang jauh ke alam fantasi,
Indahnya, andai semua itu menjadi realiti,
Dibumi nyata ku berpijak,
Apakah mampu terbina sebuah mahligai,
Yang gah bersinar dengan permata,
Andaiku menderita dalam kesuraman ini,
Kaki yang semakin lebur ini ku gagahi,
Demi ku laksanakan fantasi menjadi realiti...
Fikiranku menerawang jauh ke alam fantasi,
Indahnya, andai semua itu menjadi realiti,




Tapi apakah mampu kuteruskan pelayaran ini,
Tanpa cahaya yang menyuluh kegelapan.

Ku merasakan cahaya yang bersinar,
Memenuhi pandanganku yang kelam.
Disisi obor,
Yang menerangi kegelapan pelayaranku,
Yang menemani kesepian kalbuku,
Yang menjadi pendamping bicaraku,
Yang sentiasa disisiku,
Disaat kegelapan dan kesunyian,
Cahayamu yang sentiasa terpancar,
Tanpa mengira kecerahan matahari,
Malah sinaran bulan,
Kau ibarat api yang membakar semangat,
Disaat keteguhan hati kian hancur,
Dek kerana nafsu yang menggila...

Akhirnya,
Cahaya apimu yang membara padam jua,
Disaat itu,
Telah ku temui perhentian yang pasti.
Biarpun sinarmu telah pergi,
Bersama sinar mentari,
Yang makin menjelma disebalik awan,
Tetap kau tinggalkan untukku suatu kebahagiaan,
Kayu apimu,
Akan ku abadikan sebagai kenangan,
Cahayamu,
Akan sentiasa terpahat di hatiku,
Sebagai memori kita.
TERIMA KASIH OBOR...






from:iluvislam


Wednesday, April 6, 2011

Aku Seorang MUJAHIDAH

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama.

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong dikala kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.

Mengalir air mataku,
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
Taat pada abuyanya yang sentiasa berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah ia sebagai wanita penghulu syurga.

Sanggupkah aku menjadi ibu seperti Khansa'?
Rela menyerahkan anak-anaknya ke medan pertempuran,
Biarpun darah menjadi penggantinya,
Asalkan syahid menjadi habuan.

Aku pasti akan berusaha menjadi pewaris mereka,
Ayuh, kita bangun bersama,
Wahai para mujahidah!
From iluvislam

Monday, April 4, 2011

hurm....ape kes nie..?????

OMO..OMO..OMO..
komputer aku wat hal pulak mase aku ade mood nak coret2kan cikit dalam nie...time2 camnie ler cik komputer kita nie nak main2 pulak...tapi nak wat camnerkan,da nasib aku,tapi mujurlah ade e-book adik aku,bolehlah tutup cik komputer ni n sambung balik dekat e-book adik aku punyer.Budak2 zaman sekarang memang banyak didedahkan dengan bende2 siber nie,untunglah dieorang...=(..
Nie pulak tentang ABPH 2010.Tahniah Shaheizy sam kerana menang anugerah bintang paling popular 2010...memang da agak pun dia akan menang punyer..=)
Memang lawak giler time johan n usop wicha(hantu kak limah balik kampung) naik kat atas pentas,solle..solle..solleee..(dengan gaya tangannya)Mostly terhiburlah dengan ABPH malam nie dengan gandingan pengacara Raja Azura,Zizan n Sharifah Shahira..(^-^)
  • d(^.^)b..Sekarang nie  aku dengar lagu dari nashrin-fobia cinta.First time aku tengok klip video bagi lagu nie,aku ingatkan artis nie dari indonesia tapi rupe2nye dari My stars LG.Sedap jugaklah lagu nie.Pasal bab2 lagu nie teringat pulak lagu Friday nyanyian Rebecca black.Aku tak tahulah nak cakap ape pasal lagu nie,tapi yang pastinya lirik dia adelah cikit2 kelakar.Dengan lagu tulah dia nie famous.Selain dari lagu fobia cinta nie,aku ade jugaklah minat lagu dari Yovie & Nuno,manusia biasa dan tak setampan romeo.N tak ketinggalan juga group dari Korea,U-kiss punyer lagu,0330,Suke sangat lagu nie.Dari omputeh punyer artis pulak,aku suke lagu2 Taylor Swift
  • Back 2 december
  • Mine
  • jump then fall
  • tear drops on my guitar
  • n..more..
Memang best r lagu2 Taylor Swift nie.
Lirik cikit:
  • Fobia cinta-Nashrin.
"Bukan aku tak sudi bersama
Cuma diri tak sanggup terluka
Dulu terlalu percaya
Tak sangka aku mangsa
Fobia cinta.."
  • Mine-Taylor Swift 
"Do you remember,
we were sittin' there, by the water?
You put your arm around me for the fist time
You made a rebel of a careless man's careful daughter
You are the best thing that's ever been mine..."
  • Manusia Biasa-Yovie & Nuno
"Aku memang manusia biasa 
yang tak sempurna dan kadang salah
namun di hatiku hanya satu
cinta untukmu luar biasa..."

Malas nak cari lirik lagu tak setampan romeo,so lirik lagu manusia biasa sudahler.
  • 0330-U-kiss
"na ajikdo neoreul jiul su eobseo
jakkujakku niga saenggangna
niga neomu bogo sipeo
bamsae hansumdo jal su eobseo
nae mam changmuneul dudeurineun bissori
niga tteona beorin geujari
neomunado geuriwoseo
bamsae hansumdo jal su eobseo nan"





I..my..me..mine

Friday, April 1, 2011

biLa lAmpU TerpaDam......

Nie bukanlah kisah seram atau kisah yg ade kene mengena dengan kejadian2 yg menakutkan tapi kejadian nie memng betul2 berlaku.Sebenarnye lampu bilik air terbakar dan ayah aku pun tukarlah mentol yang terbakar tu pade yg baru punyer.Tapi mentol nie adelah masalah sedikit;kadang2 lampu yang baru nie tiba2 terpadam..Cerite pasal lampu yg tiba2 terpadam nie,kejadian nie berlaku dekat adik bongsu aku.Time mula2 adik aku nie nak mandi lampu tu okaylah tiba2 adik aku dalam bilik air menjerit.Mase dengar dia menjerit tu,memanglah kitaorang tak kisah sebab dia memang macam tu.Tiba2 nampak dia keluar dari dalam bilik air sambil menjerit lampu terpadam.Mujur sempat dia ambil kain tuala.Lepas tu,ayah aku baikilah sekejap,then lampu tu kembali menyala n adik aku tu sambung kembali mandi.Tak sampai 10 minit,lampu tu tertutup semula.Aduhai,nasib badan.Mujurlah time tu dia dah abis mandi.Selepas tu,mak aku suruh aku pasang lilin untuk letak dalam bilik air,so kitaorang mandi hanya bertemankan lilin sahaja.